IBU UWEISALSABILA


Merupakan pengedar Sah SHAKLEE
id : 916191

COD dungun

Wednesday 22 October 2014

KHASIAT SUSU IBU


                                                Salam Semua...
Hari nie ekin nak kongsi la serba sedikit berkaitan khasiat susu ibu.Ekin percaya ibu2 diluar sana mesti mahu teruskan penyusuan baby sehingga 2 tahun.Bagi2 ibu yang berjaya menyusukan anak sehingga 2tahun Ekin ucapkan tahniah..Bagi ibu2 yang yang tidak berjaya menyusu anak sehingga 2 tahun jangan stress,sebaliknya terus berusaha mencari penyelesaian.Selain itu,jika dimurahkan rezeki, anak seterusnya cuba berusaha untuk memberikan yang lebih terbaik.InsyaAllah Allah akan sentiasa membantu hamba2 yang lemah..Yang penting kenalah sentiasa berusaha,tawakal dan doa.Jika kita ada semangat mahu meneruskan penyusuan InsyaAllah akan berjaya..Yang penting jangan stress..
ok la..coret sana sini....Ekin nak kongsi la KHASIAT SUSU IBU
HEHHE:-)
               credit by HOSPITAL USM
                                  Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara ekskusif,kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak,jika ia disusukan secara ekskusif .Penyusuan susu ibu secara ekskusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahiran.Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.Makanan pelengkap hanya dimakan setelah bayi berusia 6 bulan keatas.Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
                                 Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif sebelum 6 bulan dicapai,ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti berikut :-)
* Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa 1 jam pertama selepas kelahiran bayi.
* Penyusuan ekskusif , iaitu bayi hanya diberikan penyusuan tanpa sebarang makanan atau minuman walaupun air masak.
* Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
* Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama.
* Semua jenis cairan tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut.
                             Setiap makluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing mengikut keperluan perkembangan.Haiwan seperti gajah,kucing,lembu,dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi sejurus selepas dilahirkan agar dapat berjalan.Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk pertumbuhan tulang yang kuat.Oleh itu, kandungan protein , lemak, karbohidrat , mineral dan air adalah unik dan amat diperlukan oleh setiap mamalia.
                           Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimun.Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya,memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan.Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi.Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.
                         Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu.Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil , namun ainya berkekalan di sepanjang hayatnya.Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal,mental,emosi dan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga,kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.

 
UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE BOLEH HUBUNGI KAMI :-)

I'M YOUR SHAKLEE independent Distributor

~>  EKIN HUSNI
~>  ID SHAKLEE : 916191
~>  EMAIL : nurulashikin1989@yahoo.com
~>  SMS / WHATSAAP : 0189066824
***** produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos , merawat , menyembuh atau mencegah sebarang jens penyakit.*****

No comments:

Post a Comment