IBU UWEISALSABILA


Merupakan pengedar Sah SHAKLEE
id : 916191

COD dungun

Monday 3 November 2014

AMALAN MENJEMPUT REZEKI



Assalamualaikum ualllss ...baru sempat nak mengupdate Blog..Maklumlah ada sikecil lagi2 menyusu badan..merengeknya pon lain la..ok lah nak sharing-sharing sikit mengenai amalan menjemput rezeki.Amalan ini telah diamalkan dahulu kala..


RAHSIA MURAH REZEKI

  •  Jadikan sedekah dan zakat amalan kesukaanmu..
  •  Jadikan dhuha permulaan hari indahmu ...
  •  Jadikan Al- Waqiah penyeri subuhmu...
  •  Jadikan tahajud sumber penenang  segala resah gelisahmu..
  •  Jadikan zikir munajad  basah menghiasi bibirmu...
  •  Jadikan amalan sunat penguat  semangat juang hari hidupmu..
  •  Jadikan Al-Quran sebagai benteng pengukuh nadi imanmu saban waktu..

# Jadikan sedekah dan zakat amalan kesukaanmu.

~ Masih ingat formula ini 1-1 =10

" sesiapa berbuat kebaikkan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan ( dizalimi ) ." - ( Al - An'am 6 : 160 )

 " Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik , maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya dan baginya pahala yang mulia . " - ( Al - Hadid 57: 11 )


# Jadikan Dhuha permulaan hari indahmu 

 Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang dirawayatkan oleh Abu Hurairah r.a :

" Sesiapa yang mengerjakan Solat Dhuha , akan diampun dosanya oleh Allah sakalipun dosa itu sebanyak buih lautan ."

Dalam riwayat lain , disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda didalam hadis Qudsi :

" Allah s.w.t berfirman , ' Wahai anak Adam , jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha , kerana dengan solat tersebut , Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya ." ( HR . Hakim dan Tabrani )

Doa yang dibaca setelah selesai SOLAT DHUHA 

 " Ya Allah bahawasenya waktu Dhuha itu waktu dhuha -Mu , kecantikan itu ialah kecantikan -Mu , keindahan itu keindahan-Mu , kekuatan itu kekuatan-Mu , kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan - Mu ,Ya Allah , jika rezekiku masih dilangit , turunkanlah dan jika ada didalam bumi ,keluarkanlah , jika sukar dipermudahkanlah , jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu Dhuha-Mu , keagungan-Mu , keindahan -Mu , kekuatan -Mu dan kekuasaan-Mu,limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh ".


# Jadikan Al-Waqiah  penyeri subuhmu.

~ Surah Al-Waqiah adalah termasuk surah Makkiyah- atau surah yang diturunkan di Kota Mekah - dan ini merupakan pendapat kebanyakkan para ahli tafsir ,
~ Jumlah ayat 96 ayat.
 ~ Kemudian sebuah riwayat Baihaqi di dalam bab perbahasan Iman , daripada Ibnu Mas'ud r.a daripada Nabi s.a.w , baginda bersabda :-

" Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam maka dia tidak akan ditimpa kemiskinan buat selamanya."

~ Lalu sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Asakir daripada Nabi s.a.w , baginda s.a.w bersabda :
" Surah Al-waqiah adalah surah pembawa kecukupan ( kekayaan ) , maka bacalah surah tersebut serta ajar kepada anak-anak kamu semua ."


#  Jadikan tahajud sumber penenang  segala resah gelisahmu.

~ Dalam sahih Muslim terdapat riwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

" Allah s.w.t turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama . Maka Dia berkata : " Aku adalah Sang Raja , Aku adalah Sang Raja , siapa sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya,sesiapa sahaga yang memohon ampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya.Dia tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar ."

~  Kemudian kita perhatikan pula jaminan Allah dibawah :

" Dan apabila hamba-hamba-Mu bertanya kepadamu mengenai Aku maka ( beitahulah kepada mereka ) sesungguhnya Aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada mereka ) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku ( dengan mematuhi perintah-Ku ) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. ( Al-BAqarah 2;186)


#  Jadikan zikir munajad  basah menghiasi bibirmu

~ Ibnu Qaiyum , seorang ulama hadis yang masyhur , mengarang sebuah kitab khusus tentang kelebihan berzikir yang berjudul al-Waabilussoyyib :
  •  Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
  •  Zikir menyebabkan Allah redha.
  •  Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan dihati.
  •  Zikir menguatkan hati dan badan.
  •  Zikir menyebabkan hati dah wajah bercahaya.
  • Zikir menarik rezeki.
 ~ Dalam satu hadis Baginda bersabda :

Adakah jamu tidak mampu memperoleh 1,000 kebajikan setiap hari ?"  Seseorang bertanya kepada Baginda : " Wahai Rasulullah , bagaimana kami boleh  memperoleh 1,000 kebajikan pada setiap hari ?" Baginda menjawab :" Bacalah Subhanallah 100 kali nescaya akan memperoleh 1,000 kebajikan . ( RIwayat Muslim )

#  Jadikan amalan sunat penguat  semangat juang hari hidupmu

~ Ya Wahhab dijadikan amalan seharian. 100x selepas solat fardhu.
~ Ya Rahman sebanyak 100 kali selesai soalt fardhu.
~  Ya Aziz , insya Allah dia akan memperoleh rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
~ Ya Allah sebanyak 5000 kali setiap hari dengan penuh khusyuk dan dalam suci . Insya Allah akan datang kepadanya rezeki dari segala penjuru.
~ Ya Basit sebanyak 10 kali setiap selesai solat Dhuha,InsyaAllah akan lapang dan luaskan rezekinya.


# Jadikan Al-Quran sebagai benteng pengukuh nadi imanmu saban waktu.

~ Uqbab bin Amir meriwayakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :

Seseorang yang membaca Al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seseorang yang memberi sedekah secara terang-terang dan seorang yang membaca al-Quran secara senyap adalah seumpama bersedekah secara sembunyi. ( Riwayat Tirmizi , Abu Dawud , Nasa 'i dan Hakim )

~ Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersanda yang bermaksud :

Wahai Abu Zar , sesungguhnya pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada kitab Allah lebih baik bagimu daripada mengerjakan solat sunat seratus rakaat. Pemergianmu pada waktu pagi dan mempelajari satu bab daripada ilmu yang ( berpeluang ) diamalkan atau tidak (tidak ( berpeluang ) diamalakan adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan seribu rakaat solat sunat. ( Riwayat Ibnu Majah dengan sanad hasan )

~ Khasiat surah-surah di dalam Al- Quran terlalu banyak . Huraian khusus mengenai sudah banyak ditulis di dalam banyak buku, Kita boleh pilih mana-mana sahaja surah yang kita berkenan dan mula amalkan pada hari ini juga , usah bertangguh.



wassalam.

****************************************************************************


UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE BOLEH HUBUNGI KAMI :-)

I'M YOUR SHAKLEE independent Distributor

~>  EKIN HUSNI
~>  ID SHAKLEE : 916191
~>  EMAIL : nurulashikin1989@yahoo.com
~>  SMS / WHATSAAP : 0189066824
***** produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos , merawat , menyembuh atau mencegah sebarang jens penyakit.*****




No comments:

Post a Comment