IBU UWEISALSABILA


Merupakan pengedar Sah SHAKLEE
id : 916191

COD dungun

Sunday 14 December 2014

SEGMEN ILMU ~~ ♥♥ ALZHEIMER ♥♥~~

Assalamualaikum semua...lama rasanya xupdate blog..cuti2 nie faham2 je la...kesitu kesini..hihihi...
Serba sedikit info mengenai ALZHEIMER..Baca ye..ilmu jugak nie..

 
APA ITU ALZHEIMER?

~> Alzheimer atau sebutan az-zhai-me merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.Ia sinonim sebagai salah satu penyakit nyanyuk ( dementia ) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan , kewarasan , ingatan , pertimbangan , perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Juga boleh menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya.
SEJARAH ALZHEIMER?

◆ Sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua , namun sejarah membuktikan bahawa pesakit yang pertama dikenalpasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.  Penyakit ini ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada tahun 1907 ini dinamakan Alzheimer adalah sempena nama beliau. Hasil bedah siasat , alzheimer mendapati otak wanita bukan sahaja mengecut malah dipenuhi dengan gumpalan protein luar biasa yang dipanggil plak amilod dan serat yang berbelit-belit ( neuro fibrillary).
PUNCA ALZHEIMER

=》 Punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi , ia bukanlah disebabkan oleh penuaan. Bagaimanapun , saintis berpendapat , ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan sel-sel saraf yang normal menjadi serat. Amilod protein yang membentuk sel -sel plak protein dipercayai menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.
Individu Yang Berisiko
* Menghidap hipertensi  apabia mencecah 40 tahun ke atas.
* Penghidap diabetes.
* Kurang melakukan senaman.
* Paras kolestrol yang tinggi.
* Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.
Petikan : Mingguan Malaysia , Ahad 13 Jun 2004
Oleh : Dr. Esther Ebeebezer , Pakar Psikogeriatik , Jabatan Perubatan Psikologi , Falkulti Pusat Perubatan Universiti Malaya ( UMMC)

MEMORI
Memori Manusia Boleh Dibahagikan Kepada :
1) Memori Jangka Pendek
- Memori- memori yang boleh kekal selama beberapa saat hingga ke beberapa minit.
2) Memori Jangka Panjang  Pertengahan
- Memori - memori yang boleh kekal selama beberapa hari atau minggu , namun bakal hilang ( melainkan ia menjadi memori jangka panjang).
3) Memori Jangka Panjang
-Memori yang boleh diingati untuk beberapa tahun ( mungkin juga seumur hidup).

AMNESIA

Amnesia berlaku bila penghidapnya hilang kemampuan untuk mengingati maklumat atau mengenang semula maklumat  yang ada dalam memori.Pesakit Amnesia atau dipanggil amnesiac , akan kehilangan jumlah memori yang banyak , dimana ia tidak mungkin dilupakan seperti pengalaman hidup yang penting atau insan-insan penting di dalam hidup mereka. Mungkin juga perkara baru diajar atau diberitahu.

Amnesia mungkin berlaku kerana kerosakan otak melalui kecederaan atau kemerosotan sel otak. Kuman yang menjangkiti otak seperti herpes atau ancephalitis mungkin juga menjadi penyebab pada hilanh ingatan. Terdapat beberapa jenis amnesia yang berbeza : -

★ Antegrade Amnesia
- Berlaku bila  penghidapnya tidak mampu meyimpan sebarang memori baru . Amnesia ini sering kali berlaku selepas kecederaan otak yang mana menghalangnya dari memori seterusnya.

★ Retrograde Amnesia
- Berlaku dari sesuatu trauma , penghidapnya tidak mampu mengingati memori- memori dan maklumat - maklumat penting sebelumnya.

★ Transient Global Amnesia
- Hanya berlaku untuk satu jangka masa tertentu , namun memberi kesan mendalam pada memori-memori silamnya.

★ Emotional / Hysterical Amnesia
- Akibat dari trauma psikologi , selalunya hanya sementara waktu.

★ Lacunar Amnesia
- Ketidakbolehan mengingati agenda -agenda atau maklumat - maklumat tertentu.

★ Karsakoff Syndrome
- Hilang ingatan akibat pengambilan alkohol yang kronik..

★ Posthypnotic Amnesia
- Memori yang hilang kerana hypnosis ; ketidakmampuan mengingati apa-apa yang berlaku ketika hypnosis atau maklumat yang di simpan di dalam memori jangka panjang.

Amnesia  boleh diubati dengan menggunakan psychotherapy bila amnesia tersebut disebabkan oleh trauma emosional. Sebagai contoh , hypnosis dapat membantu pesakit untuk mengingati semula memori yang hilang . Adakalanya dadah yang  dipanggil Amytal ( Sodium Amobarbita ) boleh diberikan pada penghidap amnesia.




UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE BOLEH HUBUNGI KAMI :-)

I'M YOUR SHAKLEE independent Distributor

~>  EKIN HUSNI
~>  ID SHAKLEE : 916191
~>  EMAIL : nurulashikin1989@yahoo.com
~>  SMS / WHATSAAP : 0189066824
***** produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos , merawat , menyembuh atau mencegah sebarang jens penyakit.*****



No comments:

Post a Comment